Pengemis kantoi main judi online dalam handphone sambil kutip sedekah

Pengemis kantoi main judi online dalam handphone sambil kutip sedekah

Pengemis kantoi main judi online dalam handphone sambil kutip sedekah. Makcik minta sedekah kantoi main judi online (pussy888), siap sorok phone belakang tabung derma.

Tular di aplikasi TikTok baru-baru ini, mengenai sebuah hantaran video oleh seorang pengguna yang memaparkan tindakan seorang wanita sedang meminta sedekah di kaki lima sebuah pasar malam.

Menerusi video tersebut, seorang wanita yang bertudung itu dilihat sedang memegang tabung derma sambil leka bermain telefon bimbitnya disebalik tabung tersebut.

Namun, apa yang menjadi perhatian orang ramai adalah tindakan wanita itu yang kantoi bermain judi menerusi sebuah aplikasi di dalam telefon bimbit.

Jackpot.. Jackpot..

Pengemis kantoi main judi online dalam handphone sambil kutip sedekah

@ceocendoltapai Jackport..Jackport😂#fypシ #fyppppppppppppppppppppppp ♬ original sound – @ks.ravivarman

Sehingga kini, perkongsian video tersebut telah meraih 528.4K tontonan, 27.8K tanda suka, dan 669 komen di aplikasi TikTok.

Difahamkan, wanita itu cuba menyembunyikan perbuatannya itu disebalik tabung derma namun gagal selepas pemilik video sempat merakam perbuatannya dari belakang.

Meninjau di ruangan komen, tindakan wanita itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai yang rata-ratanya berseloroh mengatakan dia pandai mencari duit.

BACA:

‘Cuit sikit seminggu koyak’, kata Sanusi

Vendor mengamuk baling botol sos ke muka rider, sekali ini yang jadi

Faztival Fazura diiktiraf dalam Malaysia Book of Records

CATEGORIES