Pengeluaran KWSP tidak dibenarkan, mangsa banjir boleh pinjam bank – Ismail Sabri

Oleh MHDAILY

Pengeluaran KWSP tidak dibenarkan, mangsa banjir boleh pinjam bank .Kerajaan tidak berhasrat meluluskan pengeluaran wang daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM10,000, meskipun ramai mangsa terjejas dengan banjir ketika ini, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri berkata, ia berikutan kerajaan sudah memperuntukkan dana dan mengumumkan bantuan yang mencukupi untuk membantu mangsa banjir di seluruh negara, selain sedia menambah peruntukan berkenaan.

Selain itu, katanya, kerajaan bimbang dengan jumlah baki simpanan dalam akaun pencarum KWSP susulan dua kali pengeluaran menerusi i-Sinar dan i-Citra, dengan ada antaranya berisiko menjadi miskin tegar selepas pencen.

Baca Artikel Penuh