Pengeluaran KWSP 10K : Ini peringatan penting dari KWSP

Pengeluaran KWSP 10K : Ini peringatan penting dari KWSP.Memandangkan KWSP RM10,000 sudah diluluskan oleh pihak kerajaan dan akan dibayar dalam masa terdekat, anda perlu mempunyai i-akaun bagi memudahkan urusan pengeluaran.

Pihak KWSP menasihati dan mengingatkan para pemohon agar mempunyai akses i-akaun masing-masing bagi memudahkan urusan pengeluaran. Kepada pemohon yang tiada i-akaun, sila lakukan pendaftaran i-akaun secara online.

Sila rujuk artikel sehingga selesai untuk mengetahui cara mudah melakukan pendaftaran i-Akaun bagi memudahkan urusan pengeluaran KWSP RM10,000 anda kelak.
Kaedah Mudah Mendaftar i-Akaun (Ahli)

Pengeluaran KWSP 10K : Ini peringatan penting dari KWSP
Langkah 1


Hadir ke mana-mana cawangan atau kiosk KWSP berhampiran anda untuk mendaftar i-Akaun (ahli)

Langkah 2
Layari  www.kwsp.gov.my
Pilih ‘Log Masuk & klik i-Akaun (Ahli)

Langkah 3


Seterusnya, masukkan nombor ahli KWSP sebagai ID Pengguna & Kata Laluan Sementara yang diterima melalui SMS untuk aktifkan i-Akaun
Selepas anda bersetuju, anda perlu cipta ID Pengguna dan kata laluan. Pilih imej Online serta isi frasa rahsia anda
Seterusnya, setelah berjaya, masuk semula menggunakan ID pengguna dan Kata Laluan yang telah dicipta.
Akhir sekali, pengesahan untuk nombor telefon TAC hendaklah dilakukan sebaik sahaja anda log masuk.

Pengeluaran Terakhir KWSP
Dikala negara merangkak dalam proses untuk membangunkan semula ekonomi sementelah lebih ramai rakyat kembali bekerja, pihak KWSP berpendapat bahawa pengeluaran khas RM10k yang telah dibenarkan setelah sekian lama ditunggu-tunggu oleh rakyat ini adalah merupakan yang terakhir di bawah inisiatif pengeluaran khas.

“KWSP sekali lagi risau berkenaan kebimbangannya mengenai kecukupan simpanan persaraan ahli dan berharap ini akan membawa ke arah pembinaan semula simpanan persaraan dan pembaharuan sistem keselamatan sosial negara,” menurut kenyataan itu.

Maklumat Kaedah Permohonan Pengeluaran Dalam Masa Terdekat
Pihak KWSP menjelaskan juga bahawa maklumat lanjut mengenai kaedah permohonan pengeluaran serta kaedah pembayaran akan dibuat dengan kadar segera.

Pengeluaran KWSP RM10,000 merupakan pengeluaran keempat selepas i-Lestari dan i-Sinar yang dilaksanakan pada 2020, diikuti oleh i-Citra pada Julai 2021 berikutan kemerosotan ekonomi akibat COVID-19.

Sehingga akhir 2021, sebanyak RM101 bilion telah dikeluarkan menerusi tiga pengeluaran KWSP ini.

TONTON :

BACA:

Drama terbaru Sabri Yunus jadi trending, “tak perlu sembang berjuta pun..”

Teknik sebenar buang tulang ikan, barulah mentua sayang

Gelagat Alisya bila terpandang camera buat netizen geli hati

 

CATEGORIES