Penganalisis persoal kenyataan Mahathir berkaitan Sabah, Sarawak lebih kaya

Oleh MHDAILY

Kenyataan Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan keadaan di Sabah dan Sarawak lebih baik sejak pembentukan Malaysia adalah kurang tepat, kata beberapa penganalisis.

Lee Kuok Tiung daripada Universiti Malaysia Sabah mempersoalkan kenyataan itu apabila beliau mengatakan kedua-dua negeri itu lebih kaya berbanding negeri lain di Semenanjung.

Oh Ei Sun daripada Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura berkata agihan pendapatan di Sabah dan Sarawak tidak seimbang biarpun ia menjadi negeri yang kaya dengan sumber semulajadi yang boleh dieksploitasi.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

Ahli ekonomi politik Firdausi Suffian berkata rakyat di kedua-dua negeri itu secara umumnya dianggap miskin berbanding penduduk negeri lain di Semenanjung.

Dalam satu temubual bersama Great People Televisyen di Facebook Live semalam, Mahathir berkata keadaan di Sabah dan Sarawak lebih baik selepas menjadi sebahagian daripada Malaysia.

Penganalisis persoal kenyataan Mahathir berkaitan Sabah, Sarawak lebih kaya

Oh Ei Sun.

Beliau berkata kedua-dua negeri miskin itu menjadi lebih kaya berbanding negeri lain selepas pembentukan Malaysia pada 1963.

Selain itu, Mahathir turut menyuarakan rasa kecewa terhadap idea “Sarawak untuk rakyat Sarawak” dan “Sabah untuk rakyat Sabah” dan berkata rakyat seharusnya menganggap diri mereka sebagai rakyat Malaysia terlebih dahulu.

Kenyataannya itu menerima reaksi kurang senang di kalangan warganet apabila salah seorangnya, Edward Woo berkata Kerajaan Persekutuan telah mengambil banyak sumber kekayaan dari kedua-dua negeri terbabit namun tidak mendapat pulangan yang sepatutnya.

Lee Kuok Tiung.

Noel Sabaratnam berkata: “Sampah. Ia telah diperah hingga kering oleh ahli-ahli politik daripada dua belah pihak.”

Seorang lagi warganet, Samuel Raj, berkata dua negeri terbabit akan lebih berjaya berbanding Malaysia secara keseluruhannya jika diberi kebebasan untuk menguruskan sumber semulajadinya sendiri.

Oh yang berasal dari Sabah, memberitahu FMT bahawa dia yakin Mahathir tidak kisah dengan kritikan yang dilemparkan terhadapnya.

Firdausi Suffian.

“Mahathir tidak kisah dengan pandangan mana-mana kumpulan tertentu atau segmen pengundi terhadap beliau.

“Sejak penggal pertamanya sebagai perdana menteri, beliau sentiasa melemparkan pandangannya. Jadi, saya tidak rasa dia peduli dengan apa yang rakyat Sabah dan Sarawak rasa.”

Lee memberitahu FMT, dia percaya bahawa Sabah dan Sarawak akan lebih maju sekiranya Putrajaya lebih bersikap adil dalam agihan kekayaan yang diperolehi daripada sumber semulajadi mereka sendiri.

“Sumber kekayaan datang daripada negeri-negeri ini. Mereka berhak mendapat agihan yang lebih besar,” katanya.

“Syarikat-syarikat seperti Petronas sepatutnya mempertimbangkan untuk membina Menara Berkembar atau Kompleks Bersepadu Pengerang di Sabah atau Sarawak. Konglomerat kelapa sawit juga patut mempertimbangkan untuk membina ibu pejabat mereka di Sabah dan Sarawak, bukan di Selangor atau negeri lain.”

Firdausi berkata dia mengakui bahawa negeri terbabit menjadi lebih maju berbanding sekitar pertengahan 1960an.

“Bagaimanapun, saya tidak setuju jika anda mengatakan ia kaya dan maju seperti negeri lain,” katanya.

“Kita kaya dengan sumber tetapi rakyatnya masih miskin berbanding rakyat di Semenanjung.”

Katanya, pembangunan infrastruktur juga tidak memuaskan dan ia disebabkan oleh pemusatan pentadbiran persekutuan.

Menurutnya, Sabah mempunyai kadar pengangguran yang tinggi di negara ini, agihan pendapatan paling tidak seimbang dan peluang pengembangan perniagaan yang terhad disebabkan masalah infrastruktur.

Katanya, kadar peratusan miskin tegar di Sabah meningkat daripada 19.5% pada 2019 kepada 25.3% pada 2020.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/09/09/sabah-sarawak-lebih-kaya-sejak-pembentukan-malaysia-penganalisis-persoal-kenyataan-dr-m/

BACA JUGA : Presiden Pas pertahan Taliban, Afghanistan kini dalam acuan Islam yang dibimbangi barat