Penerbangan tangguh sehari, penumpang enggan pakai facemask

Oleh MHDAILY

Penerbangan ditangguh sehari kerana penumpang enggan pakai face mask.  Satu penerbangan terpaksa ditangguhkan seharian apabila 30 penumpang remaja enggan mengikut peraturan memakai pelitup muka dalam pesawat, lapor akhbar Metro UK, semalam.

Pesawat American Airlines penerbangan 893 yang sepatutnya terbang ke Nassau, Bahamas pada pagi Isnin (waktu tempatan) terpaksa mengubah jadual perjalanan pada keesokan hari iaitu Selasa gara-gara insiden itu.

Menurut kenyataan American Airlines, sekumpulan pelajar senior sekolah tinggi enggan bekerjasama mematuhi arahan kru penerbangan untuk memakai pelitup muka ketika menaiki pesawat.

Baca Artikel Penuh