Penduduk pendalaman Sabah zahir kekesalan dikompaun RM1000 kerana keluar beli barang

Oleh MHDAILY

Hasrat sekumpulan penduduk keluar membeli bekalan makanan dan ubat-ubatan di pekan Tenom bukan saja tidak kesampaian malah mereka dikenakan kompaun RM1,000 selepas didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan (PKP).

Dalam kejadian 27 Jan lalu, lapan penduduk termasuk warga emas dari beberapa kampung ditahan dan dibawa ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Tenom untuk dikeluarkan kompaun kerana bas dinaiki mereka melebihi kapasiti 50% penumpang seperti ditetapkan.

Bagaimanapun, beberapa penduduk ditemui menyatakan kesedihan kerana kesalahan itu bukan disengajakan, lebih-lebih lagi jarak kampung mereka yang agak jauh dari pekan Tenom dan sukar berulang-alik semata-mata untuk membeli barang keperluan.

Baca Artikel Penuh