Penduduk negeri borneo ini terkejut spesies burung pupus 172 tahun lalu muncul, petanda apakah ini?

Penemuan semula spesies burung itu ternyata mengejutkan penduduk Kalimantan Selatan.

Kehilangan spesies burung dengan nama saintifiknya dikenali sebagai Malacocincla Perspicillata

Dia dianggap sebagai ‘misteri terbesar dalam sejarah zoologi Indonesia’.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

Penduduk negeri borneo ini terkejut spesies burung pupus 172 tahun lalu muncul, petanda apakah ini?

Penyelidik gembira dengan penemuan itu yang disifatkan sebagai momentum untuk penyelidikan dan pemuliharaan spesies terancam di Indonesia.

Burung itu ditemui secara tidak sengaja oleh dua penduduk Kalimantan Selatan, Muhammad Suranto dan Muhammad Rizky Fauzan, pada Oktober tahun lalu.

Suranto dan Rizky Fauzan sebelum itu sedang mengumpulkan hasil hutan di daerah yang tidak jauh dari tempat tinggal mereka.

Namun, ketika sedang mencari hasil hutan, mereka menemui burung yang tidak pernah dilihat sebelum ini, lalu merakam beberapa keping gambar.

Mereka kemudian menghubungi peminat burung tempatan yang kemudian mendapati spesies itu adalah Pelanduk Kalimantan yang sudah pupus.

Penemuan itu kemudian dikongsi dengan pakar zoologi Indonesia.

“Rasa seperti tidak percaya kami menemui spesies burung yang dianggap penyelidik, sudah pupus.

“Ketika menemuinya, kami tidak menyangka burung ini begitu istimewa,” kata Rizky Fauzan seperti dilaporkan portal BBC Indonesia.

BACA:“Aku doakan kau tak lulus semua subjek, masa periksa jawapan matematik rupanya ni kau tulis buat aku lagi naik hangin