Penduduk minta campurtangan MB, surau berusia 30 tahun hendak diroboh di Perak

Oleh MHDAILY

Jawatankuasa Surau Al-Karamah di Kampung Sri Keramat di sini memohon campur tangan Majlis Agama Islam Perak (MAIPk), Menteri Besar dan Pejabat Tanah dan Galian Perak untuk menghalang tindakan merobohkan surau itu bagi projek pembinaan perumahan.

Setiausaha surau Abdullah Khalbi, 59, berkata pihaknya dimaklumkan surau itu akan dirobohkan pada bila-bila masa sahaja dan akan dibina semula di tapak baharu di Taman Rasa Sayang.

“Dahulu, kawasan ini merupakan kawasan setinggan yang telah dibina awal tahun 1984. Surau ini menjadi rumah ibadat masyarakat Islam setinggan di sini sejak kira-kira 30 tahun lepas dan ia juga sudah dibina sebelum bermulanya projek pembinaan perumahan.

Baca Artikel Penuh