Susulan daripada persetujuan membenarkan Lembah Klang beralih ke Fasa 2, kerajaan akan membenarkan aktiviti pelancongan di dalam negeri yang sama bagi individu yang telah lengkap dua dos mulai 10 September 2021.
Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa aktiviti pelancongan tersebut hanya melibatkan penginapan di hotel dan homestay sahaja.
“Aktiviti pelancongan hanya dibenarkan dalam negeri yang sama yang melibatkan penginapan di hotel dan homestay bagi individu yang telah lengkap dua dos,” ujarnya.
Dalam pada itu juga, Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 telah memutuskan bahawa Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya digabungkan sebagai satu kawasan jangkitan yang sama.
Oleh yang demikian, pergerakan antara negeri-negeri tersebut adalah dibenarkan dan tiada lagi sekatan jalan raya.
Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya beralih ke Fasa Dua PPN mulai Jumaat ini – PM Ismail Sabri pic.twitter.com/8X9S95nkGe
— BERNAMA (@bernamadotcom) September 8, 2021