Penduduk Kelantan kecewa air dah 11 hari tak ada, rumah pula terbakar, habis semua merebak..

Oleh MHDAILY

Penduduk Kelantan kecewa air dah 11 hari tak ada, rumah pula terbakar, habis semua merebak…Kebakaran yang berlaku di depan rumah. Kawasan depan rumah hangus terbakar. Kejadian berlaku pada pukul 9:45 pagi, mulanya hanya 1 rumah akhirnya merebak ke kawasan sekitar. Aku call bomba dan mereka tiba dalam 15 min selepas itu.

Aku dalam hati macamanalah bomba nak padam api dengan ketiadaan air di kawasan Berek 12 ni. Akhirnya betul tekaan aku, air memang tak ada. Walau di paip bomba pon tak ada air. Bomba terpaksa bawa lori air untuk padam kebakaran.

Begitulah kami ini rakyat Kelantan. Rumah aku sendiri dah 11 hari tak ada air. Akhirnya terpaksa buat paip sendiri upah kontraktor untuk buat paip baru. Sebab saluran paip lama dah tak boleh guna. Semua ini kerja Air Kelantan Official tapi begitulah rakyat ini tidak diendahkan. Complaint lah macamana pun mereka hanya akan jawab tak ada air.

Baca Artikel Penuh