Penduduk kampung gempar dengan kehadiran 2 bola api berterbangan

Sebuah video yang memaparkan objek seperti bebola api yang sedang terbang di udara di sebuah kampung menjadi tular di media sosial dengan ramai yang mengaitkannya dengan unsur mistik, lapor laman berita Detik.com hari ini.

Menerusi video yang dilaporkan berlaku di daerah Banjarnegara, Jawa Tengah itu, ‘bebola api’ tersebut kelihatan sedang terbang sehingga paras lampu jalan.

“Kelihatan seperti berlaku ‘pertarungan’ yang melibatkan makhluk ghaib,” kata seorang netizen.

Penduduk kampung gempar dengan kehadiran 2 bola api berterbangan

Imej ‘bebola api’ tersebut dirakam di Banjarnegara, Jawa Tengah. – Instagram @banjarnegaraterkini

Berdasarkan siasatan yang dijalankan oleh Detik.com, kejadian itu kemudiannya disahkan oleh penduduk setempat sebagai api yang digunakan untuk membakar sarang lebah.

Menurut penduduk, terdapat individu menyalakan api pada batang buluh yang kemudiannya digunakan untuk membakar sarang haiwan itu.

“Jika dilihat dengan betul, objek itu adalah batang buluh yang digunakan untuk membakar sarang lebah. Bagaimanapun, kami tidak tahu siapa yang merakam video itu dan menyebarkan perkara yang tidak betul,” kata seorang penduduk.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/09/20/misteri-bola-api-terbang-di-udara/

BACA JUGA : Khairuddin sahkan projek tambak laut di Terengganu, minta perhalusi bantahan

COMMENTS

Wordpress (0)