Penduduk gempar dengan penemuan fosil batang pokok kelapa terpanjang di dunia

Penduduk gempar dengan penemuan fosil batang pokok kelapa terpanjang di dunia

Penduduk gempar dengan penemuan fosil batang pokok kelapa terpanjang di dunia. Selepas diiktiraf sebagai fosil batang pokok paling panjang di dunia oleh Rekod Dunia Guinness, pihak berkuasa di wilayah Tak merancang untuk membangunkan tapak di sekitar penemuan itu sebagai tarikan pelancong berkelas dunia.

Batang pokok itu diiktiraf pada Julai lalu di wilayah Tak yang bersempadan dengan Myanmar.

Fosil batang pokok itu diukur sepanjang 70 meter, iaitu bersamaan bangunan setinggi 20 tingkat.

Kementerian Sumber Semula Jadi dan Alam Sekitar Thailand menganggarkan fosil tersebut berusia kira-kira 120,000 tahun.

Menterinya, Varawut Silpa-archa berkata, tapak penemuan itu boleh dijadikan lokasi pelancongan dan juga pembelajaran kepada semua lapisan masyarakat, terutamanya dalam memahami sejarah serta alam semula jadi.

Penduduk gempar dengan penemuan fosil batang pokok kelapa terpanjang di dunia

Kawasan itu sudah pun diisytiharkan sebagai tapak fosil sejak 2016.

Penemuan itu merupakan warisan semula jadi pertama Thailand dan dijangka boleh meningkatkan ekonomi penduduk setempat sekiranya tapak tersebut dijadikan kawasan tumpuann pelancong.

Fosil pokok itu yang mempunyai diameter berukuran 4.8 meter di pangkalnya dan 1,8 meter di bahagian tengah ditemukan pada 2003 di Taman Negara Doi Soi Malai di daerah Bantak.

Pada mulanya, panjangnya diukur 72.22 meter sebelum bahagiann hujungnya reput dan dihanyutkan hujan, menjadikannya sepanjang 70 meter.

Pokok tertinggi dunia berukuran 116 meter yang terletak di Taman Negara Redwood di California, Amerika Syarikat.

BACA:

Jangan buang baju tak dipakai, buat duit dengan hanya guna 2 cara ini

Pelakon imej muslimah rupanya kaki kelab malam, laporan dedah sesuatu mengejutkan

Netizen kecam DSV jerit dekat telinga bayi, “boleh kena saman ni”

CATEGORIES