Penduduk cemas dengan kehadiran ikan emas seberat 15kg

Penduduk cemas dengan kehadiran ikan emas seberat 15kg. Penduduk Desa Situ Hiang, Kabupaten Lebak Banten, Indonesia digegarkan dengan penemuan seekor ikan emas gergasi seberat 15 kilogram(kg), lapor Suara.com.

Rakaman video yang memaparkan ikan emas itu didukung oleh seorang penduduk Desa Situ Hiang dimuat naik di laman Instagram @inforangkasbitung.

Menurut keterangan video, ikan emas tersebut ditemui dalam keadaan hampir lemas di sebuah parit besar berdekatan tali air.

Penduduk cuba menyelamatkan ikan emas itu dengan menolaknya masuk ke dalam air namun tidak berjaya apabila haiwan itu sudah pun mati.

Disebabkan kejadian itu, penduduk setempat sepakat menjadikan lokasi ikan emas itu sebagai tempat bersejarah dan tarikan pelancong terbaharu.

BACA JUGA :
Fosil ikan paus berkaki empat ditemui, spesies yang hidup 43 juta tahun dahulu
Peniaga ikan siakap viral Langkawi bakal berdepan denda RM50,000
Berang suami tak mahu cuci akuarium, wanita goreng ikan arowana

CATEGORIES