Penceramah bebas ditahan lakukan amang seksual anak rakan sendiri

Oleh MHDAILY

Penceramah bebas ditahan lakukan amang seksual anak rakan sendiri. Seorang penceramah bebas ditahan bagi membantu siasatan kes dakwaan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun pada bulan lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Suffian Sulaiman berkata, lelaki berusia 61 tahun tersebut ditahan sewaktu memberi keterangan di Balai Polis Ajil, Hulu Terengganu pada kelmarin.

Beliau berkata, terdahulu, polis menerima aduan berhubung dakwaan terbabit daripada ibu mangsa yang juga kenalan suspek.

“Perbuatan amang seksual fizikal tersebut didakwa berlaku pada program di sebuah rumah bot di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu pada bulan Mac lalu.

“Mangsa menyertai program anjuran suspek tersebut bersama bapa dan neneknya namun ibunya tidak ikut serta,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Suffian berkata, kanak-kanak perempuan berusia lima tahun itu kemudiannya dikatakan telah menceritakan kejadian menimpanya kepada ibunya sebaik pulang ke rumah.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017

TONTON ;

BACA:

Kedai emas diserbu orang ramai selepas jadi ‘jutawan’ KWSP

Sokongan ketua parti bentuk kerajaan, Anwar dedah bukti surat sokongan