Penampilan terkini Sarimah Ibrahim buat netizen terkejut, “dia ni Vampire ke tak tua-tua?”

Penampilan terkini Sarimah Ibrahim buat netizen terkejut dia ni Vampire ke tak tua tua

Penampilan terkini Sarimah Ibrahim buat netizen terkejut, “dia ni Vampire ke tak tua-tua?”. Konsert minggu kedua program Gegar Vaganza Musim ke-9 2022 (GV9) telah berlangsung dengan tema ‘Malar Segar Mekar Membara’ pada malam tadi.

Menjadi buah mulut netizen apabila persembahan pembukaan pada malam itu menampilkan pengacara tetap Elly Mazlein dan kemunculan istimewa penyanyi, Yang Mulia Che Puan Sarimah Binti Ibrahim berduet menyanyikan lagu Kini Kau Tiada.

Kemunculan Sarimah membuat persembahan malam tadi telah mengegarkan pentas itu dan memeriahkan lagi suasana.

Malah, Sarimah yang membuat kemunculan di atas pentas GV9 telah meraih perhatian netizen dan rata-rata netizen cukup teruja.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen memuji penampilan Sarimah dan mengatakan beliau masih cantik serta kekal awet muda walaupun sudah berusia 42 tahun.

Penampilan terkini Sarimah Ibrahim buat netizen terkejut, "dia ni Vampire ke tak tua-tua?"

Malah, ada juga netizen mahu Sarimah kembali mengacara dalam mana-mana program kerana rindu mahu melihatnya di kaca TV. Segelintir netizen turut berseloroh bahawa Sarimah ‘vampire’ kerana tidak kelihatan tua walaupun sudah berusia.

BACA:

Penting! Buat 3 persediaan kewangan ini, amaran ekonomi 2023 dah keluar

PRU15: Ismail kata belum dapat ilham bubar parlimen

Lelaki ni jelajah 91 negara hanya mahu cari tandas awam paling teruk di dunia

CATEGORIES