Pemuda Umno tetap mahu tuntut pengeluaran i-Citra RM10,000

Oleh MHDAILY

Pemuda Umno akan meneruskan tuntutan pengeluaran i-Citra Kumpulan Wang Simpanan Nasional (KWSP) sebanyak RM10,000.

Ketuanya, Asyraf Wajdi Dusuki, berkata perjuangan berkenaan bukan untuk membangkitkan sentimen rakyat seperti mana diperlekehkan pihak tertentu sebelum ini.

“Tuntutan pengeluaran i- Citra sebanyak RM10,000 berkadaran dengan baki simpanan dalam akaun 1 dan 2 KWSP pencarum merupakan salah satu daripada tuntutan rakyat yang Pemuda Umno terus perjuangkan.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»
SAMBUNGAN ARTIKEL πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»

Pemuda Umno tetap mahu tuntut pengeluaran i-Citra RM10,000

“Ada yang perlekehkan usaha ini kononnya Pemuda Umno hanya mahu bangkitkan sentimen rakyat. Dulupun masa Pemuda Umno bangkitkan pasal pengeluaran simpanan KWSP, macam-macam tuduhan dikenakan.

“Tapi bila kerajaan akhirnya akur dengan perkenalkan i-Sinar dan i-Lestari ada pula yang β€˜claim credit’ walaupun awalnya perlekehkan cadangan ini,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya, hari ini.

Pada 5 Julai, Pemuda Umno mengemukakan lima cadangan penambahbaikan skim i-Citra selepas menerima banyak rungutan berkenaan pelaksanaan inisiatif itu.

Asyraf berkata, rakyat mendambakan keikhlasan kerajaan untuk membela nasib mereka yang kesempitan.

“Antara keluhan diterima termasuk dari golongan M40 yang mempunyai simpanan lebih RM100,000 yang amat terkesan kerana rata-rata mempunyai komitmen jauh lebih besar daripada B40, namun mengalami nasib serupa dengan pendapatan terjejas akibat terkurung tiga bulan,” katanya dalam hantaran di akaun media sosialnya.

Dalam pada itu Asyraf berkata, rakyat tidak akan mengemukakan tuntutan itu jika rakyat berada dalam keadaan selesa.

“Bagi Pemuda Umno, rakyat tidak akan tuntut jika mereka tidak berada dalam keadaan payah dan terdesak.

“Kami akan terus bersuara dalam isu ini selain tuntutan rakyat yang lain kerana yang penting akhirnya rakyat yang dibela dan mendapat manfaatnya,” katanya.

Berita Penuh : https://www.malaysiakini.com/news/590202

BACA JUGA:Β Panas !!! Tular poster ADUN PKR Negeri Sembilan mahu keluar parti?