Pemuda Umno desak isytihar darurat di Melaka, elak PRN ketika pandemik

Ketua Pemuda Umno, Asyraf Wajdi Dusuki b erharap Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Shah akan memberi perkenan mengisytiharkan darurat di Melaka untuk mengelakkan pilihan raya negeri (PRN) diadakan ketika pandemik.

Beliau berkata, darurat yang dimaksudkan itu bukan secara menyeluruh, sebaliknya ia menyerupai Proklamasi Darurat di Sarawak sehingga 2 Feb depan bagi mengelakkan PRN diadakan ketika penularan Covid-19.

“Ini bagi membolehkan usaha-usaha mengawal pandemik Covid-19 dapat difokuskan dan kebajikan rakyat yang terkesan teruk dapat ditangani terlebih dahulu,” katanya di Facebook.

Pemuda Umno desak isytihar darurat di Melaka, elak PRN ketika pandemik

Asyraf Wajdi Dusuki mencadangkan Proklamasi Darurat seperti di Sarawak turut dilaksanakan di Melaka sehingga 2 Feb 2022 bagi mengelakkan PRN diadakan ketika penularan Covid-19.

Pada 31 Julai lalu, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah mengisytiharkan Proklamasi Darurat di seluruh Sarawak bermula 2 Ogos hingga 2 Feb depan, sekali gus menggantung PRN daripada diadakan sepanjang tempoh itu.

Terdahulu, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Melaka, Ab Rauf Yusoh hari ini mengumumkan Yang Dipertua Negeri, Mohd Ali Rustam bersetuju membubarkan DUN Melaka, selepas empat ADUN mengumumkan mereka hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri, Sulaiman Md Ali.

Suruhanjaya Pilihan Raya kemudiannya mengesahkan mesyuarat akan pihaknya menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Melaka berhubung pembubaran terbabit.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/10/06/isytihar-darurat-di-melaka-elak-prn-ketika-pandemik-gesa-pemuda-umno/

BACA JUGA : “Menteri jangan syok sendiri”, bidas Tajuddin kepada Menteri Pengangkutan

COMMENTS

Wordpress (1)
  • comment-avatar

    […] BACA JUGA : Pemuda Umno desak isytihar darurat di Melaka, elak PRN ketika pandemik […]