Pemuda terkejut restoran ini caj harga ikan siakap RM90 seekor

Pemuda terkejut restoran ini caj harga ikan siakap RM90 seekor

Pemuda terkejut restoran ini caj harga ikan siakap RM90 seekor. Seorang pemuda yang juga pelanggan sebuah restoran di sini terkejut hidangan ikan siakap tiga rasa yang dipesan dikenakan caj harga sehingga RM90 seekor.

Beliau tidak sangka harga ikan siakap tiga rasa itu mahal walaupun kedai tersebut telah mencatatkan harga dalam menu kerana dia dah buat pesanan melalui telefon dan menempah meja lebih awal.

“Ketika membuat bayaran, juruwang mengenakan caj total berjumlah RM525 untuk tiga ekor ikan di samping makanan lain. Selepas dipersoalkan caj itu, dia menunjukkan harga itu sudah dicatatkan dalam menu. Bagi saya harga ini tidak munasabah kerana ia bukanlah sebuah restoran bertaraf lima bintang.

“Apatah lagi harga itu tidak dikira berdasarkan berat timbangan ikan tersebut, ia dikira sebagai pukul rata,” katanya seperti yang dilapor Utusan Malaysia.

Menurut Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP, Azman Adam berkata, hasil atas aduan berkenaan, beliau telah mengarahkan pegawai untuk membuat pemeriksaan serta-merta dan tindakan kompaun dikenakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Pemuda terkejut restoran ini caj harga ikan siakap RM90 seekor

Ini kerana harga yang dicatatkan dalam menu tidak lengkap iaitu bagaimana ia dicaj kepada pelanggan sama ada secara berat timbangan, mengikut jenis ikan, atau masakan yang ditawarkan, pemilik restoran berkenaan diberi masa tiga hari untuk membuat penjelasan mengenai kos untuk menghasilkan makanan yang diadukan.

“KPDNHEP telah mengeluarkan notis kepada pemilik restoran berkenaan ketika tinjauan pegawai KPDNHEP sebaik sahaja aduan diterima. Penjelasan perlu diberikan oleh pemilik restoran.

“Antara keterangan yang diperlukan adalah maklumat berkaitan kos operasi termasuk kos barangan, kos bahan mentah serta kos-kos lain berdasarkan kepada peratusan margin dan kadar keuntungan,” katanya.

“Tetapi pelanggan perlu tahu sejelas-jelasnya ada faktor yang mempengaruhi harga. Mungkin harga teh o ais tidak sama di tempat ini jika dibandingkan di warung tepi jalan yang sudah tentu tidak boleh mengenakan harga tinggi,” katanya.

BACA:

Influencer ‘kantoi’ tanggal pakaian di luar kediaman mewah, pinjam rumah orang untuk bergambar

Zara Zya akhirnya buka mulut jelas hubungan ‘istimewa’ dengan Shuib

Cuaca terlalu panas buat landasan cair, Britain henti penerbangan

CATEGORIES