Pemuda PN kecewa dengan tuduhan liar Syed Saddiq

Oleh MHDAILY

Kenyataan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terhadap Kerajaan Perikatan Nasional (PN) disifatkan sebagai tuduhan tidak berasas.

Demikian jelas Ketua Pemuda Perikatan Nasional, Senator Khairil Nizam Khirudin dalam satu kenyataan media pada Khamis.

Ujarnya, kenyataan Syed Saddiq itu juga tuduhan liar, tidak matang dan mempunyai agenda tersendiri.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

“Kenyataan YB Syed Saddiq dengan sewenangnya menuduh pendakwaan ke atasnya disebabkan keengganan menyertai dan menyokong parti Perikatan Nasional amat mengecewakan.

“Ini merupakan satu tuduhan yang liar, tidak matang dan tidak berasas yang jelas mempunyai agenda tersendiri. Seumpama pepatah Melayu: ‘Awak yang tidak pandai menari, dikatakan lantai yang berjongket’.

“Pemuda Perikatan Nasional sentiasa berpegang pada konsep budaya politik matang dan sejahtera (BPMS), beretika dan politik khidmat bakti,” jelasnya.

Mengulas mengenai pertuduhan yang dihadapi bekas Menteri Belia dan Sukan itu di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Khamis, ujar Khairil, Pemuda PN sentiasa berpegang pada prinsip kedaulatan undang-undang.

“Pemuda Perikatan Nasional maklum mengenai YB Syed Saddiq, bekas Menteri Belia dan Sukan, yang telah dituduh atas dua pertuduhan di bawah seksyen 403 dan 405 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan pecah amanah dana Armada Malaysia berjumlah RM1 juta dan kesalahan penyalahgunaan wang sumbangan kempen PRU14 sebanyak RM120,000.

“Pemuda Perikatan Nasional sentiasa berpegang pada prinsip kedaulatan undang-undang, di mana seseorang itu tidak bersalah selagimana tidak dibuktikan bersalah,” jelasnya lagi.

Malah Pemuda PN tambah Khairil, menjunjung dan amat yakin dengan ketelusan dan intergriti Institusi Kehakiman yang menjadi medan terbaik untuk tertuduh mendapat keadilan dan membuktikan diri tidak bersalah.

Terdahulu, Syed Saddiq mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua pertuduhan pecah amanah dibawah Seksyen 403 dan 405 Kanun Keseksaan membabitkan lebih RM1.1 juta.

Ahli Parlimen Muar itu membuat pengakuan tersebut dari kandang tertuduh dalam prosiding yang bermula pukul 9 pagi Khamis.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin berjumlah RM330,000.

Berita Penuh : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kenyataan-syed-saddiq-tuduhan-liar-tidak-matang-dan-ada-agenda-tersendiri-pemuda-pn-309738

BACA JUGA : Terkini !!! Kerajaan pertimbang benar penerima 2 dos vaksin rentas negeri jumpa keluarga