Pemuda Pakatan Harapan Wilayah Persekutuan menganggap perbuatan Tan Sri Annuar Musa yang telah mengeluarkan surat sokongan sebagai keterlaluan. Beliau dilaporkan seakan-akan mendesak Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi meluluskan Projek secara “Runding Terus” yang berharga berbillion ringgit di Kuala Krai, Kelantan.
Semasa zaman Pakatan Harapan memerintah, PH telah menghapuskan sistem surat sokongan. Namun hari ini, Kerajaan PN nampaknya seperti ingin menghidupkan kembali tradisi BN (surat sokongan) yang tidak boleh diterima pakai terutama apabila membabitkan wang rakyat.
Selain itu, banyak kelemahan sekiranya projek Runding Terus ini dijalankan terutama projek akan diberikan kepada kroni yang tidak berkemampuan. Hal ini sekaligus menghalang pembinaan yang berkualiti dalam mencapai objektif pembangunan terancang yang lestari.
Sewajarnya pada waktu ini, Tan Sri Annuar Musa selaku Menteri Wilayah perlulah fokus dengan usaha bagi membantu masyarakat yang terkesan akibat wabak pandemik COVID-19. Usahlah terlalu mengejar kekayaan demi untuk mengekalkan kuasa politik.
P.Prabakaran
Ahli Parlimen Batu
Ketua AMK Wilayah Persekutuan
Asmaaliff Abdul Adam
Ketua Pemuda Amanah Wilayah Persekutuan
Lee Bing Hong
Ketua DAPSY Wilayah Persekutuan
Sumber :