Pemuda Pas dan Bersatu bimbang Umno kerjasama dengan parti lain

Pemuda Pas dan Bersatu

Pemuda Pas dan Bersatu bimbang Umno kerjasama dengan parti lain

Pemuda Amanah Perak membidas Pemuda PAS dan Pemuda Bersatu Perak atas gesaan mereka agar Umno tidak bekerjasama dengan parti lain.

Kata ketuanya, Khairol Najib Hashim, PAS dan Bersatu sudah ada banyak masalah dan isu ketidakpercayaan sesama mereka, maka mereka harus menjaga parti sendiri dan tidak perlu masuk campur urusan parti lain pula.

Pemuda Pas dan Bersatu

“Gesaan mereka kepada Umno untuk tidak bekerjasama dengan parti lain adalah bukti ketakutan mereka yang sedar bahawa mereka akan hilang kekuatan yang selama ini ditunjangi Umno.

“Semua orang sedar bahawa tema perpaduan ummah itu hanyalah wayang dan tunggangan PAS dan Bersatu demi kuasa. Jauh sekali untuk menjaga kepentingan ummah seperti yang diwara-warakan,” katanya.

Katanya, perkara-perkara yang menjadi modal PAS untuk menghentam PH – seperti isu judi, arak dan RUU355 – kini tidak pula diubah parti itu setelah menjadi kerajaan.

Sebaliknya, Khairol menggesa Pemuda PAS dan Bersatu menggesa kepemimpinan parti mereka untuk mematuhi titah Yang di-Pertuan Agong agar segera membuka semula parlimen serta mempercepat vaksinasi di seluruh negara.

Kelmarin dalam kenyataan berasingan, Pemuda PAS Perak dan Pemuda Bersatu Perak mengeluarkan kenyataan menolak sebarang bentuk jajaran baru dengan DAP.

Ini ekoran desas-desus jajaran baru antara Umno dan DAP, yang bermula sejak krisis di Perak tahun lalu, dan masih kedengaran sehingga baru-baru ini.

Berita Penuh :https://www.malaysiakini.com/news/580388

COMMENTS

Wordpress (0)