Pemuda panggil babi dengan nama manusia kena kecam, “keluar rumah babi ni muncul”

Pemuda panggil babi dengan nama manusia kena kecam keluar rumah babi ni muncul

Pemuda panggil babi dengan nama manusia kena kecam, “keluar rumah babi ni muncul”. Jinaknya seperti kucing, tapi sebenarnya bukanlah haiwan peliharaan.

Menerusi satu video yang dimuat naik di laman sosial, kelihatan tiga ekor babi hutan seolah-olah mendengar kata apabila setiap nama dipanggil.

“Meh sini, Ali, Abu… siapa lagi seorang Kamarul, sini,” kata seorang pemuda yang kemudian memberikan nasi kosong kepada haiwan berkenaan.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh mStar (@mstaronlineofficial)

Tampil menjelaskan situasi yang sebenar, pemuda tersebut, Muhammad Faqih Rohaizad berkata, ketiga-tiga ekor babi hutan itu bukanlah haiwan peliharaannya, sebaliknya ia merupakan haiwan liar yang berkeliaran dari hutan berdekatan rumahnya di Paroi, Negeri Sembilan.

Lebih mesra disapa Black, katanya, dia juga turut dididik oleh ibunya supaya sentiasa menyayangi haiwan dan berkongsi makanan dengan makhluk tuhan ini.

Pemuda panggil babi dengan nama manusia kena kecam, "keluar rumah babi ni muncul"

“Mak jenis sayang binatang, jangan sesekali pukul haiwan kalau marah sekalipun. Cukuplah sekadar menegur.

“Mak juga ajar supaya sisa makanan jangan dibuang dalam tong sampah. Lebih baik makanan itu diberi kepada binatang jalanan seperti kucing dan anjing atau haiwan liar macam monyet dan babi hutan.

“Mak kata ‘Kita kalau ada rezeki lebih, ada makanan lebih kena kongsi’. Ini termasuklah dengan haiwan, tak kira binatang tu babi hutan,” ujarnya yang berasal dari Alor Setar, Kedah.

Pemuda panggil babi dengan nama manusia kena kecam, "keluar rumah babi ni muncul"

Menurut anak kedua daripada tiga beradik ini, pada mulanya babi hutan hanya keluar mencari makan pada tengah malam atau awal pagi, tetapi kini boleh dilihat pada waktu siang, dan makanan diberikan di sebalik pagar rumah.

“Sebelum ni babi-babi ni takut, mungkin tak percayakan manusia. Tapi mungkin dah ada sumber makanan daripada manusia, haiwan-haiwan ini dah mula percayakan kami.

Tak kisah babi hutan, anjing atau kucing liar, semuanya makhluk Allah. Binatang-binatang ni pun kita kena sayang.

“Kadang-kadang setiap kali nampak saya, mak atau ayah keluar rumah, muncul babi-babi ni. Ada dua kelompok, sama ada tiga ekor atau lima ekor yang lain,” katanya sambil menambah kebiasaannya babi hutan diberi nasi kosong, manakala monyet pula mendapat roti kosong.

Dalam pada itu, Black yang merupakan jurujual mengulas mengenai panggilan nama babi seperti di dalam video yang meraih lebih 1.6 juta tontonan di TikTok setakat ini.

Pemuda panggil babi dengan nama manusia kena kecam, "keluar rumah babi ni muncul"

“Tentang nama tu spontan sebenarnya. Minta maaf kalau ada yang terasa berkenaan dengan nama-nama tu. Percayalah, ia dibuat secara spontan tanpa mengaitkan dengan sesiapa.

“Niat saya hanya nak bergurau. Saya sedar tak elok bagi nama orang kat binatang. Maafkan saya atas kesilapan yang tidak disengajakan.

“Video yang saya kongsi tu bertujuan untuk nak sampaikan mesej bahawa tak kisah babi hutan, anjing atau kucing liar, semuanya makhluk Allah.

“Binatang-binatang ni pun kita kena sayang dan antara caranya adalah memberi makanan,” katanya yang membela tujuh ekor kucing di rumah.

BACA JUGA :

Syamsul mula buka mulut, dedah sebab sebenar block whatsapp Puteri Sarah

Abby Abadi luah sesuatu buat semua terkejut, “sampai dah nak bercerai..”

Ustaz Azhar Idrus kata poligami tanpa izin isteri dianggap tak mampu

CATEGORIES