Pemuda kena sekolah balik dengan netizen lepas persoal mana tol percuma

Pemuda kena sekolah balik dengan netizen lepas persoal mana tol percuma

Pemuda kena sekolah balik dengan netizen lepas persoal mana tol percuma. Tular satu video mengenai seorang lelaki yang bertanyakan di mana tol percuma yang dijanjikan kerajaan pada perayaan Tahun Baru Cina walaupun melalui lebuhraya pada 22 Januari.

Tak cukup dengan itu, pengguna jalan raya tersebut tersebut menggunakan alasan dia sudah membawa ramai orang bersamanya untuk menikmati kelebihan yang dijanjikan kerajaan.

Namun mungkin ada masalah dengan informasi yang diterimanya, lelaki tersebut menggunakan tol pada 22 Januari (berdasarkan tarikh pada jam tangan).

“Orang dah siap jalan-jalan, cakap raya cina tol percuma, aku bukan bawa sikit tapi bawa ramai ni.

“Tapi bila sampai tol cakap tak cukup duit, cerita apa ini, mana datang tol percumanya?,” ujar lelaki tersebut.

Pemuda kena sekolah balik dengan netizen lepas persoal mana tol percuma

Netizen mula membidas lelaki tersebut dengan menyatakan tol percuma hanyalah pada dua hari iaitu pada 20 dan 21 Januari sahaja.

“20 dengan 21 je tol percuma, kalau 22 Januari nak percuma juga, kena lalu ikut sawit bang,” komen pengguna TikTok.

“Dua hari je tol percuma, hari Jumaat dengan Sabtu, Nak percuma je,” komen pengguna lain.

Malah ramai yang mempersoal sama ada lelaki ini perasan ada tarikh dan hari pada jam yang dipakai.

“Nak kencing (tipu) tapi jam tulis Sunday (Ahad),” komen @xeniaml.

“Hmmm G-Shock (jam) tu dah beritahu dah Ahad 22/1,” soal pengguna @syah.

Sebelum ini Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengumumkan tawaran kadar tol percuma selama dua hari kepada para pengguna sempena perayaan Tahun Baru Cina.

Jelasnya, tol percuma tersebut akan bermula dari pukul 12.01 pada pagi 20 Januari (Jumaat) hingga 11.59 malam Sabtu 21 Januari.

BACA:

UiTM buka jawatan kosong, gaji sehingga RM 5,753

Tok Kadi pengsan ketika majlis akad nikah, habis semua kelam-kabut

CATEGORIES