Pemuda ini terpaksa guna 3 pam berharga RM1.5k untuk dapat air bersih di Kelantan

Jangan salah faham,ini air yang ditangkung direct dari air dalam tanah,belum lalui proses penapisan (Filter). Nanti tuduh saya fitnah pula.

Dari keadaan air yang sebegini, saya alirkan dia ke dalam satu filter commercial yang berharga RM4k,terus ke dalam satu tangki bersih.

Dari tangki itu,air akan lalu satu lagi filter murah,RM600, terus ke rumah saya dan Alhamdulillah, kalau basuh baju Putih,tiada masalah.

Dalam proses ini,ada 3 Pump air yang terlibat dan total harga Pump ialah RM1.5k. Setakat ini sudah tukar 2 kali.

Alhamdulillah,saya orang yang berkemampuan untuk buat sistem penapisan sebegini. Cuma Kerajaan kena fikirkan juga rakyat yang tidak mampu bagaimana.

Duit Royalti sudah dapat.

Mercedes sudah dapat.

Kerajaan Pusat pun sudah dapat.

Ini masa berbakti kepada rakyat.

Sumber:

 

COMMENTS

Wordpress (0)