Peminat teruja tengok “top speed” motor keluaran terbaru Suzuki, kapcai je..

Peminat teruja tengok “top speed” motor keluaran terbaru Suzuki, kapcai je..Model moped terhangat Suzuki Raider R150 Fi 2022 baru saja dilancarkan di pasaran Malaysia baru-baru ini.

Berdasarkan pemerhatian melalui laman sosial Facebook, ramai peminat yang sudah tidak sabar-sabar untuk melihat berapakah kelajuan maksimum @ top speed sebenar model moped tersebut sewaktu ianya ditunggang di atas jalan raya.

Buat masa ini didapati masih belum ada pemilik Suzuki Raider R150 Fi yang melakukan ujian kelajuan maksimum tersebut, mungkin mereka masih menunggu masa yang lebih sesuai setelah enjin motosikal mereka itu beroperasi pada tahap yang paling optimum. Namun untuk tidak menghampakan

seorang pemilik Suzuki Raider R150 Fi baru-baru ini telah melakukan ujian di atas mesin dyno, dan keputusannya sangat mengejutkan.

Peminat teruja tengok "top speed" motor keluaran terbaru Suzuki, kapcai je..

Berdasarkan paparan video yang telah pun disiarkan oleh laman Facebook Raynorton Motorsport pada tarikh 18hb. Mac 2022, model tersebut yang masih lagi baru dengan jarak perbatuan hanya 16 km, telah melakukan ujian di atas mesin dyno. Dan hasilnya kelajuan maksimum yang dicatatkan jentera standard itu mencapai angka 177 km/j.


Suzuki Raider 150 - Wikipedia

Jika kelajuan maksimum di atas mesin dyno sahaja sudah mencecah 177 km/j, berapa pula agaknya kelajuan maksimum @ top speed di atas jalan raya nanti?

Mungkin ianya akan bermain-main di sekitar 150 – 160 km/j, dan jumlah tersebut sememangnya sudah mencukupi untuk sebuah model moped dengan enjin bersesaran hanya 150cc sahaja.

BACA:

Fara Mendoza rupanya lelaki? “Kena tipu rupanya selama ni..”

Pengeluaran KWSP 10K : Ini peringatan penting dari KWSP

TNG eWallet akan lancar skim pinjaman peribadi pula?

CATEGORIES