Pemimpin Pemuda Bersatu biadap tanpa had, kata pemimpin Umno

Oleh MHDAILY

Pemimpin Pemuda Bersatu biadap tanpa had apabila menyifatkan Ketua Pemuda UMNO Malaysia “letak otak di lutut” semata-mata kerana menggesa Menteri Kanan Ekonomi tampil ke media menjelaskan lebih terperinci sub-sektor perkilangan yang dibenarkan beroperasi sewaktu “total lockdown” yang bermula hari ini.

Yang kita faham melalui kenyataan media, selain sektor “essential” seperti makanan dan sebagainya, aktiviti berkepentingan dalam rantaian bekalan global juga dibenarkan. Tapi, tentulah kita berminat tahu perinciannya – contoh, apa aktiviti yang diklasifikasi sebagai berkepentingan dengan rantaian bekalan global? Barangkali hampir semua kilang pun ada kepentingan dalam sesuatu rantaian nilai bekalan. Sebab itu namanya kilang.

Minta Menteri Ekonomi muncul di kaca TV adalah wajar kerana terlalu banyak persoalan dan SOP berkaitan sektor dan industri yang selama ini tidak dijelaskan oleh pemimpin yang diamanahkan. Sampai bila nak taichi semua benda yang rumit ke Menteri Keselamatan?

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

Kekhuatiran berkenaan kluster kilang adalah benar dan disokong oleh data. Jadi, kalau ada pihak memberi fokus atau mempertikai kelonggaran kepada operasi kilang, itu adalah wajar. Menteri boleh jawab dan jelaskan – perlu buka yang ini atau yang itu demi kepentingan A, B dan C. Itu memang antara kerja Menteri rasanya. Kerja menjelaskan yang diminta. Ketua Pemuda UMNO tidak pun menggelupur minta semua kilang terus ditutup. Kenapa Pemuda Bersatu nak marah sangat?

Ini semua menjadi isu kerana Parlimen tak bersidang. Kalau bersidang, isu ini boleh dibahas, fakta dibentang dan rakyat boleh nilai. Jadi kalau tak mahu banyak disoal di media sosial, Pemuda Bersatu mintalah buka Parlimen. Atau mereka anggap semua Ahli Parlimen yang menyoal pun otak di lutut juga?

Bagi yang mempersoal “tak ada WhatsApp group ke” atau “korang bukan satu geng PN ke” – ini satu lagi bukti memang kami dalam UMNO bukan satu kapal dengan mereka. Pembabitan UMNO dalam Kerajaan sudah dijelaskan rasionalnya dan masing-masing meletakkan kepentingan negara di hadapan. Bila tiba masa keluar, keputusan akan dibuat. Tapi hendak mesra bersama parti yang panggil pemimpin parti kami “otak di lutut”, yang pernah gah mengumumkan “masa UMNO sudah berakhir”, yang kalau dikritik sikit terus hendak memberontak – tidak sama sekali. There is no WhatsApp group.

Sumber: