Pemimpin Pemuda Bersatu biadap tanpa had, kata pemimpin Umno

Oleh MHDAILY

Pemimpin Pemuda Bersatu biadap tanpa had apabila menyifatkan Ketua Pemuda UMNO Malaysia “letak otak di lutut” semata-mata kerana menggesa Menteri Kanan Ekonomi tampil ke media menjelaskan lebih terperinci sub-sektor perkilangan yang dibenarkan beroperasi sewaktu “total lockdown” yang bermula hari ini.

Yang kita faham melalui kenyataan media, selain sektor “essential” seperti makanan dan sebagainya, aktiviti berkepentingan dalam rantaian bekalan global juga dibenarkan. Tapi, tentulah kita berminat tahu perinciannya – contoh, apa aktiviti yang diklasifikasi sebagai berkepentingan dengan rantaian bekalan global? Barangkali hampir semua kilang pun ada kepentingan dalam sesuatu rantaian nilai bekalan. Sebab itu namanya kilang.

Minta Menteri Ekonomi muncul di kaca TV adalah wajar kerana terlalu banyak persoalan dan SOP berkaitan sektor dan industri yang selama ini tidak dijelaskan oleh pemimpin yang diamanahkan. Sampai bila nak taichi semua benda yang rumit ke Menteri Keselamatan?

Baca Artikel Penuh