Pemimpin pembangkang seharusnya bersatu bangun ekonomi rakyat bukan sokong Proklamasi Orang Melayu – Gerakan

Oleh MHDAILY

Pemimpin pembangkang seharusnya bersatu bangun ekonomi rakyat bukan sokong Proklamasi Orang Melayu – Gerakan.

Seorang pemimpin Gerakan menegur tindakan rakannya, PAS dan Bersatu yang menyokong Proklamasi Orang Melayu diasaskan Dr Mahathir Mohamad, sambil menyifatkan ia “tidak wajar”.

Timbalan Presiden Gerakan, Oh Tong Keong, berkata pemimpin pembangkang seharusnya bersatu

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

Pemimpin pembangkang seharusnya bersatu bangun ekonomi rakyat bukan sokong Proklamasi Orang Melayu - Gerakan

Bagi membantu membangunkan ekonomi rakyat yang kini semakin tertekan, bukannya mengaktifkan gerakan berasaskan kaum.

“Dalam politik, mereka nak buat apa kita tak boleh stop (hentikan) sebab ini negara demokrasi tetapi isunya sekarang adalah ekonomi rakyat. Barang semua naik, tetapi dalam poket rakyat tiada duit.

“Jangan kucar-kacirkan keadaan, bersama bantu bangunkan ekonomi rakyat. (Pembangkang) kongsi pandangan dengan kerajaan agar gaji rakyat dapat naik, polisi rakyat semakin baik…jangan main politik lagi,” katanya kepada FMT.

Bagaimanapun, Oh berkata kekecewaan itu adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili partinya secara keseluruhan.

Gerakan, parti komponen Perikatan Nasional (PN) yang turut dianggotai PAS dan Bersatu.

Sebelum ini, Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan beberapa pemimpin parti itu menandatangani Proklamasi Orang Melayu, selepas tular beberapa gambar pada Selasa menunjukkan pertemuan dua tokoh negara itu.

Tiga pemimpin Bersatu – Ahmad Faizal Azumu (timbalan presiden); Razali Idris (ketua penerangan) dan Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (ahli Majlis Pimpinan Tertinggi) – turut menandatangani proklamasi itu atas kapasiti peribadi.

Veteran DAP Lim Kit Siang kemudian mendesak Pengerusi PN Muhyiddin Yassin dan Hadi “mengisytiharkan” mereka tidak akan menjadi sebahagian daripada rancangan untuk menjatuhkan kerajaan dalam tempoh lima tahun akan datang.

Di tengah-tengah spekulasi rancangan untuk menggulingkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, Lim menyatakan bagaimana Sultan Johor Ibrahim Sultan Iskandar menggesa agar ketidakstabilan politik dihentikan, dengan menitah “sudah-sudahlah”.

Persiapan PRN

Mengulas mengenai agihan kerusi di Pulau Pinang menjelang PRN, Oh berkata rundingan sudah lebih 90% selesai dan ia akan dimuktamadkan tidak lama lagi.

“PN Pulau Pinang fokus bertanding di 23 kerusi dan kita masih dalam rundingan untuk memuktamadkan baki kerusi,” katanya.

BACA:

Gara-gara membela Siti Bainun, komen di Insta Anne Ngasri semua tak rileks mat!

“Tiap kali aku balik kampung masa raya aku menangis bila tengok muka makcik, tapi bila kahwin rupanya pakcik masih ‘minta’!