Pemimpin muda DAP cadang berpisah dengan PKR jika Anwar tidak mohon maaf

Oleh MHDAILY

DAP perlu bertimbang untuk berpisah dengan PKR sekiranya DSAI enggan meminta maaf

Pakatan Harapan secara terkejutnya tidak menyokong usul undi belah bahagian bagi peringkat Bacaan Kedua Belanjawan 2021 di Parlimen. Datuk Sei Anwar Ibrahim (“DSAI”) perlu meminta maaf secara terbuka kepada rakyat serta rakan sekutuya atas kesilapannya, jika tidak, Democratic Action Party (“DAP”) harus berpisah dengan Parti Keadilan Rakyar (“PKR”), membubarkan Pakatan Harapan dan menyusun semula barisan pembangkang di Malaysia.

Belanjawan ini bukan belanjawan yang biasa, ia mempunyai makna dan tanda yang sangat penting sebagai usul tidak percaya terhadap kabinet Tan Sri Muhyiddin Yassin (“TSMY”). Sejak langkah Sheraton, barisan pemimpin Pakatan Harapan berulang kali menekankan bahawa kabinet TSMY perlu diuji dengan usul tidak percaya dalam dewan Parlimen. Pakatan Harapan juga mempunyai beberapa percubaan untuk “counter-coups” untuk mengembalikan mandat rakyat. Oleh demikian, rakyat mempunyai hasrat yang kuat supaya barisan pembangkang boleh menolak belanjawan tersebut untuk membuktikan kerajaan pintu belakang yang dipimpin oleh TSMY adalah tidak sah (illegitimate).

Baca Artikel Penuh