Pemimpin Arab puji Azmin pandai mop lantai Masjid

Oleh MHDAILY

Gambar Menteri Kanan yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali membantu mencuci lantai Masjidil Haram di Makkah, menjadi perbualan hangat dalam kalangan pengguna media sosial di Arab Saudi.

Tindakan Azmin bersama membantu petugas masjid suci itu membersihkan lantai yang dibasahi hujan, bukan saja menyentuh hati rakyat Arab Saudi, malah turut membekas dalam kalangan pemimpin serta ahli korporat negara itu.

Duta Malaysia ke Arab Saudi, Datuk Abdul Razak Abdul Wahab, berkata gambar itu yang tular sejak dua hari lalu turut dibangkitkan dalam mesyuarat delegasi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) diketuai Azmin dengan dua kementerian kerajaan Arab Saudi.

Baca Artikel Penuh