Pemilik Rumah Bonda dibebaskan, Polis gagal dapat kebenaran reman

Oleh MHDAILY

Pemilik Rumah Bonda dibebaskan, Polis gagal dapat kebenaran reman. Mahkamah menolak permohonan polis untuk menahan reman pengasas dan juga pemilik Rumah Bonda bagi membantu siasatan kes selepas disyaki terlibat kes penderaan remaja OKU berusia 13 tahun.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan ketika dihubungi berkata suspek yang juga wanita berusia 29 tahun itu dibebaskan selepas Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menolak permohonan reman terhadapnya.

“Permohonan (reman terhadap suspek) ditolak dan dia dibebaskan tengah hari tadi,” katanya ringkas kepada Malaysiakini .

Baca Artikel Penuh