Pemilik jual rumah sewa, bekas penyewa terkejut turut dapat perkongsian keuntungan

SEORANG pemilik rumah sewa mendapat pujian di media sosial setelah menjual kediamannya dan berkongsi keuntungan dengan bekas penyewa yang membantu membayar gadai janji.

Chris Robarge, yang tinggal di Massachusetts, Amerika Syarikat, mendedahkan di Facebook bahawa dia telah menerima telah menerima cek USD 2,500 (RM10,000) dari bekas pemilik rumah sewanya.

Robarge tidak mendedahkan identiti lelaki tersebut tetapi berkongsi foto nota yang diterimanya di mana dia menjelaskan bahawa dia gembira mahu berkongsi wang tunai.

Pemilik jual rumah sewa, bekas penyewa terkejut turut dapat perkongsian keuntungan

“Seperti yang anda ketahui, baru-baru ini saya menjual rumah itu. Sebagai penyewa rumah, sebahagian daripada sewa yang anda bayar setiap bulan menyumbang untuk melunaskan gadai janji saya.

“Saya cuba mengekalkan sewa sama dengan dari segi prinsipal gadai janji, faedah gadai janji, cukai, insurans, utiliti dan penambahbaikan.

“Saya ingin mengembalikan sebahagian daripada sewa yang anda bayar adalah sebahagian kecil daripada keseluruhan perbelanjaan bulanan untuk menjaga rumah.

“Walaupun tidak banyak, itu milik anda! Ia adalah rumah yang bagus dan saya gembira kerana dapat berkongsi kepada anda,” tulis bekas tuan rumahnya di dalam nota tersebut

Robarge mengatakan bahawa dia merasa sukar untuk menyatakan apa yang dimaksudkan dengan tindakan itu, namun mahu perkongsiannya mendorong orang ramai untuk memupuk nilai murni dalam hidup.

Catatan itu menjadi viral di Facebook dan mendapat ribuan tanda suka suka dan ratusan komen.

Berita Penuh : https://www.mstar.com.my/global/dunia/2021/09/09/pemilik-rumah-sewa-kongsi-wang-tunai-hasil-jualan-kediaman-dengan-bekas-penyewa

BACA JUGA : Terkini !!! Disahkan positif Covid-19, Baru Bian tak hadir sidang parlimen esok

Artikel ini disiarkan pada 12/09/2021

COMMENTS