Pembelajaran tulisan jawi diteruskan untuk SK dan SJK – Timb Menteri

Pembelajaran tulisan jawi diteruskan untuk SK dan SJK – Timb Menteri

Kementerian Pendidikan akan tetap meneruskan pengajaran dan pembelajaran tulisan jawi di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) dan Sekolah Kebangsaan (SK).

Timbalan Menteri Pendidikan, Muslimin Yahaya, berkata ini kerana keputusan Jemaah Menteri pada 14 Ogos tahun lalu memutuskan supaya pengenalan tulisan jawi tetap diteruskan di SJK dan SK.

“Inilah keputusan dibuat Jemaah Menteri dan pada dasarnya kita mengikut arahan diputuskan oleh Jemaah Menteri.

“Elemen pengukuhan jawi dalam kalangan murid dilaksanakan melalui aktiviti pengayaan seperti membina modul pemulihan Jawi dengan lebih mudah dan menarik untuk murid yang kurang menguasai Jawi,” katanya pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Sabri Azit (PN-Jerai) sama ada kerajaan akan meneruskan pembelajaran tulisan jawi di SJK dan SK.

Berita penuh : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/12/762390/pembelajaran-tulisan-jawi-tetap-diteruskan

COMMENTS