Pembantu perubatan dihadapkan ke mahkamah sebabkan dua kematian

Oleh MHDAILY

Pembantu perubatan dihadapkan ke mahkamah sebabkan dua kematian.Pembantu perubatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian dua penunggang motosikal dan seorang lagi parah dalam kemalangan jalan raya di Jeli, Jumaat lalu.

Tertuduh, Zurailie Muhamad, 36, mengaku tidak bersalah selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Nasruddin Mohamed.

Zurailie yang bertugas di sebuah klinik kerajaan didakwa memandu sebuah kereta secara merbahaya sehingga menyebabkan kematian dua penunggang motosikal, manakala seorang lagi cedera parah.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

Kesalahan didakwa dilakukan di Kilometer 87, Jalan Kota Bharu-Machang-Gerik dekat Jeli kira-kira 11.11 pagi pada 10 September lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 338/87).

Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang lima tahun dan maksimum 10 tahun dan denda tidak kurang RM20,000 serta tidak lebih RM50,000.

Pembantu

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Mazuin Che Mahmood yang menawarkan jaminan sebanyak RM20,000 kepada tertuduh yang tidak diwakili peguam.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 1 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Tertuduh membayar ikat jamin yang ditetapkan oleh mahkamah.

Media sebelum ini melaporkan, dua lelaki maut dan seorang cedera parah selepas motosikal ditunggang mereka merempuh sebuah kereta Honda Civic yang membuat pusingan U secara mengejut.

Kejadian itu menyebabkan penunggang motosikal berusia 17 tahun dan 31 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala remaja berusia 17 tahun cedera parah.

Saringan ujian air kencing mendapati tertuduh positif dadah jenis methamphetamine.

Berita Penuh : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/09/754711/pembantu-perubatan-dituduh-sebabkan-dua-maut

BACA: Ahli Parlimen PH diarah keluar dewan, gantung 2 hari