Pemandu teksi mengamuk rempuh 3 kenderaan

Pemandu teksi mengamuk rempuh 3 kenderaan

Pemandu teksi mengamuk rempuh 3 kenderaan. Polis belum membuat penahanan susulan insiden seorang pemandu teksi Airport Limo di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) semalam yang mengamuk dan merempuh tiga kenderaan lain.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan George Abd Rakman, berkata suspek kini masih menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth kerana penyakit darah tinggi.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi semalam.

George berkata, siasatan awal mendapati punca suspek berusia 60 tahun mengamuk adalah kerana gagal menahan perasaan marah.

 teksi

Namun, lelaki itu yang menghidap penyakit darah tinggi turut pengsan selepas melanggar tiga kenderaan lain.

“Ia difahamkan bukan kali pertama suspek berang selepas mendapati gilirannya mengambil penumpang dipotong rakan pemandu lain.

“Namun (potong barisan berlaku) disebabkan sikap pemandu itu sendiri yang meninggalkan kereta di barisan menunggu. Pemandu lain terpaksa memotong bagi mengelakkan penumpang tertunggu-tunggu,” katanya.

Lelaki itu dikatakan sering meninggalkan kenderaannya di barisan menunggu tetapi tidak berada di kawasan KKIA. Apabila gilirannya tiba untuk mengambil penumpang, dia tiada bersama kenderaan menyebabkan pemandu lain terpaksa memotong barisan untuk mengambil penumpang.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari semalam, seorang pemandu teksi hilang pertimbangan sehingga merempuh tiga kenderaan lain. Tetapi tiada kecederaan dilaporkan akibat kejadian itu.

Berita Penuh : https://www.bharian.com.my/berita/kes/2021/07/841441/pemandu-teksi-mengamuk-belum-ditahan

Jika Terlepas: Apa jaminan tiada campurtangan politik dalam TH lagi?