Pemancing berjaya naikkan patin paling besar dunia selepas 90 minit bertarung

Oleh MHDAILY

Pemancing berjaya naikkan patin paling besar dunia selepas 90 minit bertarung. Seorang pemancing dari Britain berjaya menangkap seekor patin seberat 190 kilogram (kg) yang dipercayai antara terbesar di dunia selepas bertarung selama satu jam setengah untuk menaikkan ikan gergasi itu di Thailand, lapor portal berita MailOnline semalam.

Dean McEwan, 36, menangkap ikan itu di Sungai Mekong ketika melakukan aktiviti memancing di kolam ikan Palm Tree Lagoon Fishery.

Disebabkan terlalu besar, tiga lelaki lain perlu membantu McEwan untuk memasukkan ikan patin tersebut ke dalam jaring bagi membolehkan berat dan saiznya diukur.

Baca Artikel Penuh