Pelesit ditahan, cuba ceroboh lapangan terbang

Oleh MHDAILY

Pelesit ditahan, cuba ceroboh lapangan terbang.Seekor belalang bersaiz besar dan berwarna hijau ditemukan ‘menceroboh’ permukaan landasan Lapangan Terbang Sibu di Sarawak baru-baru ini.

Menerusi hantaran dalam akaun sosial rasmi Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), serangga itu merupakan antara yang pernah dijumpai ‘melawat’ lapangan terbang itu.

MAHB berkata, di samping belalang itu yang juga disebut sebagai pelesit atau belalang daun, beberapa binatang kecil lain sering juga dikesan seperti anak burung, ketam malah ular.

Baca Artikel Penuh