Pele meninggal dunia di usia 82 tahun

Pele meninggal dunia di usia 82 tahun

Pele meninggal dunia di usia 82 tahun. Ikon bola sepak Brazil Pele yang dianggap sebagai pemain terhebat sepanjang zaman dan pemenang Piala Dunia tiga kali meninggal dunia hari ini pada usia 82 tahun.

“Semua yang boleh kami ungkapkan kepada anda adalah terima kasih. Kami menyayangi anda tidak terhingga. Berehatlah dengan tenang,” tulis anak perempuan Pele, Kely Nascimento di Instagram.

Hospital Albert Einstein di Sao Paulo yang merawat Pele dalam satu kenyataan berkata kematiannya disebabkan oleh “kegagalan berbilang organ,” selepas lama berjuang dengan kanser.

Kehilangannya turut dirasai dengan mesej yang disampaikan dari bintang hebat seperti Lionel Messi, Neymar dan Kylian Mbappe, bekas pemain hebat seperti Franz Beckenbauer dan pilihan presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva, yang menulis tweet: “Terima kasih, Pele.”

Bintang Brazil, Neymar berkata Pele “mengubah bola sepak menjadi seni,”

Pele meninggal dunia di usia 82 tahun

Mbappe dari Perancis berkata legasinya “tidak akan pernah dilupakan,” dan Cristiano Ronaldo dari Portugal menggelarnya sebagai “inspirasi kepada jutaan orang.”

Dinobatkan sebagai atlet abad ini oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa Pada 1999, Pele adalah satu-satunya pemain bola sepak dalam sejarah yang memenangi tiga Piala Dunia, 1958, 1962 dan 1970.

Digelar “O Rei” (The King), dia menjaringkan lebih 1,000 dalam kerjaya sebelum bersara pada 1977.

Kesihatannya semakin merosot apabila dia bertarung dengan masalah buah pinggang dan kanser kolon – menjalani pembedahan kali terakhir pada September 2021 diikuti dengan kemoterapi.

Dilahirkan pada 23 Oktober 1940, di bandar Tres Coracoes, nama sebenar Pele adalah Edson Arantes do Nascimento.

Dia membesar dengan menjual kacang tanah di jalanan untuk membantu keluarganya yang miskin.

Ibu bapanya menamakannya dia sempena mengambil nama daripada pencipta terkenal Amerika, Thomas Edison.

Namun tidak lama kemudian dia diberi nama panggilan Pele, kerana salah sebutan Bile, nama penjaga gol di Vasco de Sao Lourenco, tempat bapanya pernah bermain bola sepak.

BACA:

Buah gugur rupanya boleh jadi baja terbaik supaya pokok berbunga

Lelaki redha netizen jadikannya bahan lawak lepas minta edit gambar ada di stadium

Baby Shima tunjuk IC dah sah jadi orang Indonesia, ‘ambik lah dia ni’ – netizen

CATEGORIES