Pelanggan tiada ‘common sense’ bawa anjing masuk kedai, cara abang Machines kawal situasi raih pujian netizen

Seperti yang kita sedia maklum, kebanyakan pasar raya dan kedai makan melarang masuk binatang peliharaan kecuali jika dibenarkan oleh pemilik premis.

Sebuah video yang tular di platform X menunjukkan seorang pelanggan wanita yang tidak berpuas hati kerana tidak dibenarkan membawa masuk anjing peliharaannya.

Kejadian tersebut berlaku di salah satu cawangan Machines dan mendapat pelbagai komen daripada netizen.

Pelanggan tiada 'common sense' bawa anjing masuk kedai, cara abang Machines kawal situasi raih pujian netizen

Ramai memuji kesabaran staf Machines yang melayan pelanggan wanita tersebut dengan tenang.

Kebanyakan netizen berpendapat bahawa jika pelanggan tersebut warganegara Malaysia, sepatutnya dia faham bahawa kebanyakan pasar raya tidak membenarkan haiwan peliharaan atas sebab keselamatan dan kebersihan.

Baca Artikel Penuh