Pelanggan terkejut dapat tuala goreng salut tepung, pesan ayam goreng

Pelanggan terkejut dapat tuala goreng salut tepung, pesan ayam goreng. Order ayam goreng, sekali pelanggan terkejut dapat tuala goreng bersalut tepung. Apa perasaan anda kalau memesan makanan ayam goreng tapi yang dapat tuala goreng? Mesti anda berada bengang dan geram bukan? Namun itulah pengalaman seorang wanita yang dikenali sebagai Alique Perez ketika memesan makanan di restoran Jollibee, Filipina melalui aplikasi perkhidmatan penghantaran makanan Grab.

Menurut Alique Perez, dia memesan ayam goreng itu untuk anaknya namun kemudian merasa hairan apabila ayam goreng itu terasa liat semacam apabila digigit. Dia pun kemudiannya menanggalkan lapisan tepung pada ayam goreng tersebut.

Perez terkejut besar apabila mendapati bukan isi ayam yang disalut tepung dan digoreng, tetapi tuala pengelap yang berwarna biru!

Pelanggan terkejut dapat tuala goreng salut tepung, pesan ayam goreng

“Perbuatan ini sangat menjijikkan. Bagaimana anda boleh memasukkan tuala pengelap dalam adunan tepung dan menggorengnya seperti ayam,” kata Perez.

Pelanggan terkejut dapat tuala goreng salut tepung, pesan ayam goreng

Insiden tersebut sangat menjijikan dan Perez yang mengakui selama ini beranggapan segala kisah viral yang pelik mengenai apa yang ditemui dalam makanan adalah rekaan semata-mata untuk viral, namun kini dia sendiri yang menjadi mangsa situasi sedemikian.

Perez turut menyuarakan kebimbangannya mengenai makanan-makanan lain yang turut disediakan pada hari tersebut yang kemungkinan turut terjejas disebabkan tuala tersebut, menggunakan minyak sama.

Selepas hantaran Alique Perez itu menjadi tular, Jollibee kemudian mengeluarkan kenyataan mereka dan meminta maaf. Mereka juga komited untuk berhati-hati dalam penyediaan makanan untuk kepuasan pelanggan mereka.

Pelanggan terkejut dapat tuala goreng salut tepung, pesan ayam goreng

Selain itu francais Jollibee yang menyediakan ‘tuala goreng’ itu juga ditutup 3 hari untuk siasatan.

TONTON:

BACA:

Dah tak guna plastik hitam, ini taktik baharu kaki ponteng puasa

700 tahanan PATI berjaya lolos dari tahanan imigresen

Orang ramai teruja Touch n Go perkenal kad terknologi baru, mudah sangat lepas ni

CATEGORIES