Pelanggan beratur panjang, wanita persoal mana pekerja lain? “Nama dah family..”

Pelanggan beratur panjang wanita persoal mana pekerja lain Nama dah family

Pelanggan beratur panjang, wanita persoal mana pekerja lain? “Nama dah family..” Masalah kekurangan tenaga pekerja dalam industri makanan dan minuman (F&B) di Malaysia dilihat telah mencapai tahap kritikal.

Hal ini dikatakan berpunca daripada gaji yang ditawarkan majikan tidak setimpal dengan beban pekerjaan yang terpaksa dipikul.

Pekerja F&B ini bukan sahaja terhad malah terpaksa pula berdepan pelanggan dengan pelbagai karenah dan permintaan yang terpaksa mereka penuhi.

Ada di antara mereka yang pentingkan diri menginginkan pesanan mereka segera disiapkan tanpa memikirkan pekerja yang menghadapi kesukaran di belakang tabir.

Faktor tersebut telah mendorong anak muda di negara ini untuk tidak melibatkan diri mereka di dalam industri yang penuh ranjau dan duri itu.

Kesannya, pekerja yang harus berdepan dengan dilema kerana mereka terpaksa melakukan banyak pekerjaan dalam satu masa.

Pelanggan beratur panjang wanita persoal mana pekerja lain Nama dah family

Situasi ini turut dikongsi oleh salah seorang pengguna laman aplikasi sosial Twitter yang bernama Aainaa (@serenemeren) di mana dia melihat pekerja di sebuah francais rangkaian kedai serbaneka bekerja sendirian.

Menurutnya, pekerja tersebut melakukan hampir semua pekerjaan seorang diri dari menjaga kaunter, menyediakan makanan dan membersihkan peralatan yang telah digunakan.

“Dia lah juruwang, dia lah buat aiskrim, dia lah panaskan wrap, dialah yg buat oden, dialah yg buat ramen cheese, dialah basuh perkakas. Dia lah semua,”

“Padahal ada lagi dua staf dekat belakang. Aku tak tahu mcm mana FM’s process of work. Tapi aku pernah kerja retail dan F&B. Tak kisah tengah buat apa, kalau dah tengok ramai pelanggan beratur, memang kena uruskan mereka.


“We don’t want to lose the customers. Payment is important.

“Kata Family, tapi seorang je kerja,” tegasnya.

Kongsian tular tersebut turut memaparkan gambar seorang pekerja yang tidak mempunyai pilihan lain selain terpaksa melayan ramai pelanggan dalam satu masa.

Seorang pengguna juga meninggalkan komen yang menyoalkan bagaimana perkara ini boleh terjadikan sehinggakan dia terpaksa menunggu pesanannya siap hampir satu jam.

“Betul. Nak tanya kenapa ya? Kenapa? Pernah sekali saya terpaksa tunggu selama hampir satu jam hanya untuk ‘croissant sandwich’,” luahnya.

“Kalau dah viral tu, kita pun masing-masing cuba untuk faham keadaan staf tu, jangan semua benda kita nak marah, tenang je.

“Kalau semua nak cepat, baik jangan fikir untuk pergi (ke kedai),” kongsi pengguna lain.

BACA:

Tenang je Ira Kazar makan aiskrim..

“Makin mejadi-jadi”- netizen sampai urut dada tengok penampilan Neelofa hadir majlis ini

Dicaj RM88 untuk sehiris Avacado, nak pengsan pemuda ni kena bayar RM31K makan di Salt Bae

CATEGORIES