Pelancong ke Langkawi kini diwajibkan jalani ujian saringan

Oleh MHDAILY

Kerajaan mewajibkan setiap pelancong yang akan bercuti ke Langkawi bermula 16 September menjalani ujian pengesanan Covid-19 sebelum memulakan perjalanan, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Khairy berkata, ujian saringan mesti dilakukan oleh semua orang dewasa berumur 18 tahun ke atas dan kanak-kanak serta remaja berusia antara tujuh hingga 17 tahun.

Katanya dalam kenyataan hari ini, ujian pengesanan Covid-19 (RT-PCR atau RTK-Antigent) boleh dilakukan di mana-mana fasiliti kesihatan dan makmal swasta dalam tempoh 48 jam sebelum tarikh berlepas.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»
SAMBUNGAN ARTIKEL πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»

Pelancong ke Langkawi kini diwajibkan jalani ujian saringan

Pelancong perlu membawa bersama keputusan ujian untuk pemeriksaan di pintu masuk (lapangan terbang atau terminal feri) sebelum berlepas.

Tambahnya, pelancong juga boleh membeli kit ujian kendiri saliva dan membawanya ke lapangan terbang atau terminal feri untuk menjalani ujian pengesanan Covid-19 di tempat saringan yang disediakan.

Selain itu, katanya kit ujian kendiri saliva itu juga boleh dibeli melalui perkhidmatan yang akan disediakan oleh pihak swasta di tempat saringan sama ada di lapangan terbang atau terminal feri dan menjalani ujian pengesanan di situ.

β€œUjian pengesanan Covid-19 yang dijalankan di lapangan terbang dan terminal feri terlibat akan dipantau dan disahkan oleh anggota kesihatan yang bertugas. Bagi mereka yang didapati negatif Covid-19 mereka dibenarkan untuk meneruskan perjalanan.

β€œManakala individu yang didapati positif Covid-19, mereka tidak dibenarkan dan akan diuruskan sebagaimana SOP pengurusan kes positif Covid-19 dan kontak rapat yang sedia ada,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, kumpulan kanak-kanak mesti bersama ibu bapa atau penjaga yang telah lengkap vaksinasi, bukan kes positif atau kontak rapat kepada kes positif dan hendaklah mematuhi SOP yang ditetapkan.

Dalam pada itu, Khary juga menekankan bahawa pelaksanaan gelembung pelancongan ini tidak bermakna kerajaan memberi kelonggaran kepada masyarakat untuk tidak mengamalkan tindakan kesihatan awam kendiri.

β€œSaya amat berharap agar seluruh masyarakat dapat memanfaatkan kelonggaran yang diberikan dan terus mengamalkan pembudayaan norma baharu dalam menjalani kehidupan seharian kita,” ujarnya.

Terdahulu Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya hari ini mengumumkan SOP pembukaan semula destinasi pelancongan pertama negara, Langkawi mulai 16 Sept ini.

Menterinya, Nancy Shukri dilaporkan berkata, antara SOP itu ialah pelancong domestik dari seluruh negara, termasuk dari negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara yang lengkap divaksin boleh bercuti di Langkawi.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/09/15/wajib-saring-sebelum-bercuti-ke-langkawi-kata-kj/

BACA JUGA :Β Kerajaan yang lemah jadi faktor kes Covid-19 terus meningkat, analisa negara dunia buktikannya