Pelan Pemulihan perlu disemak semula atau bakal alami kehancuran ekonomi

Oleh MHDAILY

Pelan Pemulihan perlu disemak semula atau bakal alami kehancuran ekonomi. Seorang ahli ekonomi mendesak Putrajaya memikirkan semula strategi melawan pandemik bagi mencegah kemusnahan ekonomi.

Yeah Kim Leng dari Universiti Sunway berkata, kerajaan harus menyemak semula Pelan Pemulihan Negara dan tidak menunggu hingga hujung tahun untuk melonggarkan sekatan.

Kata Yeah, β€œkerosakan terlalu banyak” sedang dilakukan pada ekonomi berikutan banyak perniagaan hampir gulung tikar selepas berdepan sekatan kawalan pergerakan berulang kali.

Sebilangan besar dari mereka cenderung muflis sekiranya tidak dibenarkan dibuka dalam tempoh sebulan ini.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»
SAMBUNGAN ARTIKEL πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»

Pelan Pemulihan

β€œJika kita menunggu hingga Oktober untuk membuka semua sektor, kerosakan mungkin tidak dapat dipulihkan,” katanya.

Yeah berkata sektor pelancongan hampir lenyap dengan kebanyakan peniaga menutup perniagaan mereka untuk selama-lamanya.

Di bawah pelan pemulihan, Malaysia akan beralih ke Fasa 2 daripada penutupan semasa apabila kes Covid-19 menurun di bawah 4,000 setiap hari dan 10% penduduk sudah diberi vaksin.

Fasa 3 akan bermula selepas kes harian turun menjadi 2,000 dan Fasa 4, di mana semua sektor akan dibuka, bermula apabila jangkitan harian menurun kepada 500.

β€œIa akan memberi impak kos jika sekatan dilakukan di seluruh negara dengan menunggu jumlah jangkitan menurun. Pertarungan melawan pandemik ini harus dibawa ke peringkat tempatan dengan sekatan lebih ketat,” kata Yeah.

Beliau berkata, kebanyakan perniagaan makanan dan minuman, pengangkutan, hotel dan industri tempatan yang lain tidak akan bertahan dalam sekatan di bawah Fasa 1 pelan pemulihan.

Yeah mencadangkan kerajaan sekurang-kurangnya membenarkan orang ramai makan di restoran untuk dua orang dengan SOP yang ketat sekiranya kes Covid dalam industri makanan dan minuman rendah.

β€œJika pengudaraan di restoran kurang baik, kerajaan dapat memperkenalkan SOP baharu. Kerajaan memerlukan tindakan berdasarkan bukti karena langkah-langkah sedia ada ini mungkin tidak produktif,” katanya.

Yeah berkata, kerajaan perlu menyediakan pelan bagi melawan pandemik Covid-19 dengan SOP lebih efektif.

Seorang lagi pakar ekonomi, Barjoyai Bardai dari Universiti Tun Abdul Razak, menggesa kerajaan mengakui bahawa Covid-19 kini menjadi endemik.

β€œKami tidak lagi dapat mensasarkan sifar kes Covid tetapi harus menetapkan SOP yang berlainan untuk sektor yang berbeza,” katanya.

Barjoyai meminta peningkatan kadar ujian virus dan mencadangkan pelaksanaan ujian kendiri dan penggunaan alat pernafasan seperti di Singapura.

Beliau berkata, Malaysia juga dapat membeli alat analisis nafas serupa yang lebih murah dari Indonesia berbanding mendapatkannya dari Singapura.

Beliau juga memberi amaran bahawa penutupan penuh ini akan menyebabkan peningkatan kemiskinan jumlah isi rumah di negara ini.

Berita Penuh :https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/07/01/fikirkan-semula-strategi-atau-berdepan-kemusnahan-ekonomi-putrajaya-diberitahu/

Jika Anda Terlepas:Panas !!! Peguam dedah 3 remaja ditembak ketika melutut