Pelan Pemulihan Negara diumum PM dirangka penuh teliti

Oleh MHDAILY

Pelan Pemulihan Negara yang dibentangkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Selasa lalu, bukan dirangka secara tiba-tiba atau dilaksana tergesa-gesa, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah.

Sebaliknya, beliau berkata, pelan membabitkan empat fasa bermula Jun hingga hujung tahun ini adalah perancangan teliti dan lanjutan daripada pelaksanaan pelbagai program oleh kerajaan sejak negara berdepan pandemik Covid-19 pada awal tahun lalu.

Selain itu, katanya, nilai ambang tiga kriteria utama sebagai unjuran peralihan fasa dalam pelan terbabit iaitu purata kes harian, penggunaan katil di wad unit rawatan rapi (ICU) dan kadar vaksinasi membolehkan pendekatan dan strategi sesuai dilaksanakan bersesuaian dengan situasi semasa.

Baca Artikel Penuh