Pelan pemulihan gagal, kes makin meningkat – Tun M

Mahathir

Pelan pemulihan gagal, kes makin meningkat.Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Parlimen tidak memerlukan penerangan tetapi perbahasan mengenai penderitaan rakyat.

Malah beliau menegaskan pelan pemulihan yang diusahakan kerajaan dalam menangani penularan Covid-19 tidak berjaya.

“Selama lima hari ini kita mendengar menteri-menteri menjelaskan pelan mereka. Ini tak berkesan. Sejak pelan ini diumumkan, jumlah kes meningkat daripada 6,000 kes kepada 17,000 kes.

pemulihan

“Sampi bila lagi sebelum kita berbincang cara-cara mengatasi masalah Covid-19 ini? Tetapi bagi kerajaan cuma penerangan. Tak perlu diadakan selain mengeluarkan kertas putih.

“Rakyat tiap hari 17,000 orang hidap penyakit ini dan daripada itu, sepatutnya semua dimasukkan dalam kuarantin dan hospital tetapi jumlahnya terlalu besar
yang lain tinggal di rumah dan tak dapat rawatan,” katanya.

Berita Penuh :https://www.utusan.com.my/terkini/2021/07/pelan-pemulihan-tak-berkesan-dari-6000-ke-17000-pesakit/

jika Terlepas: Masih duduk blok kerajaan, kuat sungguh Umno berdrama

CATEGORIES