Pelakon popular wasiatkan RM300K dan perhiasan emas kepada pembantu rumah

Pelakon popular wasiatkan RM300K dan perhiasan emas kepada pembantu rumah

Pelakon popular wasiatkan RM300K dan perhiasan emas kepada pembantu rumah. NAMA pelakon Taiwan Chen Sung-Young menjadi sebutan setelah dilaporkan meninggal dunia pada 17 Disember tahun lalu.

Selain khabar kematiannya, pelakon berusia 80 tahun itu turut memberikan sebanyak 2 juta TWD (RM302,000) kepada pengasuhnya, seoarang wanita muslim.

Chen memilih untuk bersara daripada bidang lakonan kerana keadaan kesihatannya yang semakin merosot pada 2000 dan kemudiannya mengalami strok pada 2006.

Bagaimanapun, Chen memilih untuk tidak berkahwin dan tidak mempunyai anak.

Namun dalam beberapa tahun terakhir, dia sangat rapat dengan Yule dari indonesia dan sudah menganggap wanita itu sebagai anak sendiri.

Pelakon popular wasiatkan RM300K dan perhiasan emas kepada pembantu rumah

Sebelum meninggal dunia, Chen berjanji akan memberikan yang terbaik untuk Yule kerana dia telah menjaganya dengan baik selama ini.

Chen berbuat demikian supaya pengasuhnya dapat membeli tanah dan membina perniagaan apabila dia pulang ke Indonesia.

Dalam pada itu, Chen juga pernah memberikan sejumlah perhiasan emas bernilai 1.2 juta TWD (RM180,000) kepada Yule. TAIWAN NEWS

BACA:

Seramai 63 jemaah umrah dari Malaysia terkandas di Arab Saudi

BKM 2023: Jumlah dan syarat kelayakan, semak sekarang

Rindu Nasi Gorang cabai tumbuk, isi ikan orang tua dulu-dulu, buat sendiri je!

CATEGORIES