Pelajar sekolah cerita saat cemas dirogol 17 lelaki selama 4 hari

Seorang pelajar sekolah di Kazakhstan menceritakan saat cemas apabila dia dirogol 17 lelaki selama empat hari beturut-turut selepas dia tidak sedarkan diri semasa menaiki teksi.

Menurut laporan The Sun, mangsa yang berusia 17 tahun dirogol di sebatang sungai di selatan negara itu.

Pelajar sekolah cerita saat cemas dirogol 17 lelaki selama 4 hari

Mangsa berkata, dia diculik oleh pemandu teksi selepas membeli-belah di pasar raya di Saryagash. Semasa dalam perjalanan pulang, pemandu teksi itu tiba-tiba melalui jalan yang berbeza. Kejadian itu menyebabkan dia menjerit ketakutan dan menangis.

Pemandu teksi itu kemudian memberikannya sebotol air minuman. Mangsa pengsan selepas minum beberapa kali air tersebut.

“Semasa sedar, saya terkejut berada di tepi sungai dalam keadaan terbaring di tanah dengan ditelanjangkan serta dikelilingi beberapa lelaki.

“Mereka merogol saya di sungai dan membawa ke rumah. Kemudian, mereka merogol lagi sekali dan mengajak kawan-kawan yang lain dengan berkata ‘mari sini, kita ada budak perempuan’,” luahnya.

Menurut mangsa, dia mengaku dirogol berulang kali oleh lelaki berbeza di dalam bilik rumah tersebut.

“Mereka pukul saya dan mengugut akan melemaskan saya di dalam sungai ketika saya cuba melawan,” katanya.

Menurut mangsa, beliau dibebaskan suspek empat hari kemudian. Mangsa kemudian melaporkan perkara itu kepada ibu bapanyaa dan membuat laporan sejurus selepas itu.

Sehingga sekarang tiada mana-mana individu ditangkap oleh pihak polis walaupun kes tersebut sudah disiasat sejak lima bulan lalu.

Jurucakap polis Turkestan, Saltanat Karakozova berkata, siasatan terganggu selepas ibu mangsa memusnahkan bahan bukti penting seperti baju yang dipakai mangsa.

Ibu mangsa difahamkan membakar pakaian anaknya kerana mahu menghilangkan kenangan pahit dalam hidup mereka sekeluarga.

Walaubagaimanapun, media tempatan melaporkan keluarga mangsa dipercayai disogok dengan wang RM77,000 daripada perogol tersebut bagi menghilangkan bukti sekaligus menutup kes tersebut.

BACA JUGA : Panas !!! Laporan dedah 2,400 petugas kesihatan KKM tidak divaksin
Guna logo PN, tak guna logo sendiri kerana ‘mood’ rakyat, kata Muslimat Pas