Pelajar MRSM dikesan jadi kluster baharu Covid-19

Oleh MHDAILY

Sabah mencatat satu lagi kluster jangkitan COVID-19 membabitkan pelajar Tingkatan Empat Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Semporna, di sini, yang dikesan positif menerusi saringan bergejala pada 8 April lalu.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun, berkata kes indeks itu mencetuskan Kluster Tagasan yang dilaporkan di daerah Semporna semalam dengan kumulatif kes setakat ini seramai enam orang.

Beliau berkata, saringan kontak rapat dijalankan selepas kes indeks disahkan positif COVID-19 mengesan empat lagi pelajar dan seorang pemandu di institusi terbabit positif virus itu.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»
SAMBUNGAN ARTIKEL πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»

“Aktiviti pengesanan kontak rapat dan punca jangkitan sedang giat dijalankan,” katanya dalam kenyataan media perkembangan COVID-19 Sabah, di sini, malam tadi.

Sebelum ini, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Kota Kinabalu mencetuskan Kluster Jalan Khidmat menyebabkan sekolah itu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 18 April hingga 1 Mei ini.

Sementara itu, Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, berkata Sabah mencatatkan 125 kes baharu COVID-19 dengan dua kematian di daerah Tawau, semalam.

“Seramai 125 pesakit juga sembuh dan dibenarkan keluar hospital semalam, menjadikan baki yang masih dirawat seramai 1,008 orang termasuk 55 dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 20 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

“Daripada 125 kes positif, sebanyak 62 kes atau 49.6 peratus berpunca daripada saringan kontak rapat, diikuti 12 kes atau 9.6 peratus menerusi saringan bergejala dan 45 kes atau 36 peratus daripada kluster baharu dan sedia ada,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, daerah Tawau masih lagi mencatatkan jumlah kes tertinggi semalam dengan sebanyak 58 kes, diikuti Tuaran (15), Papar (10), Putatan (9) dan Kota Kinabalu (7)

Berita Penuh :https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/04/808651/covid-19-pelajar-mrsm-dikesan-kluster-baharu