Pelajar mengadu tak sampai sebulan guna, Peranti Siswa dah tak boleh hidup

Pelajar mengadu tak sampai sebulan guna, Peranti Siswa dah tak boleh hidup. Tablet PerantiSiswa sehingga kini sedang diagihkan untuk fasa ketiga bagi mereka yang layak. Walaupun dikatakan tablet ini sudah dipilih daripada jenama terkemuka, ada pelajar yang mengadu tablet mereka sudah tidak boleh dihidupkan lagi.

Ini Caranya Untuk Jadikan Tablet PerantiSiswa Sebagai Skrin Kedua Laptop

Ketahui Cara Elak Sesat Jalan Ketika Berjalan Kaki Menggunakan Google Maps Live View

Pelajar mengadu tak sampai sebulan guna, Peranti Siswa dah tak boleh hidup

Menerusi akaun TikTok @xyzlvyou, beliau merupakan salah seorang pelajar yang terpilih menerima tablet PerantiSiswa untuk tahun ini. Difahamkan tablet percuma ini baru sahaja diterima pada akhir bulan lalu.

Dalam tempoh kurang dari sebulan, tablet tersebut dilaporkan sudah tidak boleh dihidupkan lagi.

Lebih mengecewakan, pengecasan juga tidak boleh dilakukan menerusi peranti tersebut seolah-olah sudah rosak sepenuhnya.

Menjengah ke ruangan komen, sebahagian pelajar juga menghadapi masalah yang sama tetapi berjaya diselesaikan dengan membiarkan ia dicas selama berhari-hari lamanya.

Cadangan terbaik yang diberikan kepada beliau adalah untuk menghantar ke pusat servis Samsung bagi tujuan pembaikian memandangkan masih dalam waranti atau minta bantuan daripada HEP.

Pelajar mengadu tak sampai sebulan guna, Peranti Siswa dah tak boleh hidup

Ada yang mengatakan perkara ini berlaku disebabkan oleh kemas kini perisian yang perlu dibuat mengikut masa yang ditetapkan agar peranti boleh beroperasi dengan baik.

 

Pelajar mengadu tak sampai sebulan guna, Peranti Siswa dah tak boleh hidup

Jika anda menghadapi masalah demikian, bolehlah dapatkan bantuan daripada bahagian HEP intitusi masing-masing bagi tindakan selanjutnya.

BACA:

Kerja sampai syif 12jam hampir ditinggal suami dengan anak-anak tak terurus, wanita dedah kisah sedih kenapa bertahan dihina

“Tiap hari pekerja aku bawa bekal, tapi pelik dia satu-satunya manusia yang tak happy bila masuk gaji, dah kenapa pula?