Pelajar Malaysia ditahan di Norway kerana menjadi pengintip

Seorang pelajar Malaysia ditahan kerana dipercayai terbabit dalam kesalahan pengintipan

Dengan melakukan aktiviti risikan isyarat di Norway, termasuk pemantauan telefon (wiretapping).

Memetik The Nordic Page, penahanan terhadap suspek berusia 25 tahun itu itu berlaku pada petang Jumaat,

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

Pelajar Malaysia ditahan di Norway kerana menjadi pengintip

yang dikendalikan oleh Perkhidmatan Perisikan Norway- PST, dengan sasaran khusus pengintipan tidak jelas.

Difahamkan walaupun lelaki itu berasal dari Malaysia, namun Malaysia tidak terbabit dalam kegiatan pengintipan itu.

Menurut pihak berkuasa, bukti menunjukkan bahawa kereta sewa suspek direkodkan kamera pengawasan dan pada masa sama, pengintipan dilakukan berhampiran lokasi penting, termasuk Kuarters Kerajaan, Pejabat Perdana Menteri dan Kementerian Pertahanan.

Pegawai pendakwa polis di PST, Thomas Fredrik Blom, memaklumkan pihaknya masih dalam peringkat awal siasatan terperinci untuk mengumpul bukti.

Suspek seorang pelajar yang tidak berdaftar di institusi pendidikan Norway, hanya berada di Norway untuk tempoh yang singkat.

Suspek ditangkap pada 8 September dan kemudiannya ditahan selama empat minggu, dengan dua minggu pertama di dalam sel berasingan.

Dalam masa sama, pihak polis turut merampas pelbagai peranti pembawa data dan barangan elektronik daripada suspek.

Tuduhan terhadapnya adalah berdasarkan Seksyen 121 Kanun Jenayah, yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun bagi individu yang mengumpul atau memiliki maklumat rahsia yang boleh membahayakan kepentingan asas negara.

Pihak berkuasa mengesyaki mungkin terdapat lebih banyak individu yang terbabit dalam kes itu.

Sementara itu, suspek dilaporkan enggan memberikan sebarang kenyataan kepada PST, dan peguam bela, Aase Karin Sigmond, menjelaskan bahawa dia berada dalam keadaan tidak sihat berikutan penahanan yang disifatkan ‘dramatik’.

BACA: Kelebihan tulis terbalik cantik dan kemas, Jururawat curi perhatian, tak pening ke tengok